WASHINGTON, 6 Mei- Seorang pengguna TikTok merakam detik luar biasa apabila sebuah asteroid melanggar permukaan bulan mencetuskan fenomena yang jarang dapat disaksikan secara langsung dalam dunia astronomi.
Ia berjaya dirakam oleh pengguna akaun @stargazingwithmichael ketika dia memerhati langit malam menggunakan teleskop peribadinya pada pukul 2.32 pagi waktu tempatan, Jumaat lepas.
Dalam rakaman itu kelihatan satu objek terang meluncur laju menuju ke permukaan bulan sebelum impak berlaku dan menyaksikan letupan kecil.
"Saya tidak percaya apa yang saya lihat. Ini satu pengalaman luar biasa dalam sejarah astronomi," katanya.
Michael turut memaklumkan fenomena seumpama itu sebenarnya kerap berlaku dan merupakan antara sebab kewujudan kawah-kawah di permukaan bulan sejak berbilion tahun lalu. -Reuters