INDONESIA, 11 November - Pihak berkuasa mengarahkan penduduk supaya segera berpindah selepas kejadian letusan gunung Lewotobi Laki-Laki di Flores Timur, Indonesia pada Ahad.
Sebelum itu penduduk terjejas enggan meninggalkan kampung masing-masing.
Gunung berapi setinggi 1,584 meter itu terus memuntahkan bahan vulkanik dari kawahnya selama seminggu sejak 3 November lepas.
Ia mendorong pihak berkuasa memperluaskan kawasan bahaya dan meningkatkan jumlah penduduk yang dipindahkan.
Dengan kemudahan kenderaan yang terhad, pihak berkuasa hanya dapat memindahkan mereka yang bersedia untuk meninggalkan kawasan mereka.
Terdapat juga penduduk yang memilih untuk berpindah sendiri.
Agensi Vulkanologi Indonesia merancang untuk memperluaskan zon larangan dari 8 km ke 9 km ke arah barat daya hingga barat laut dari kawah, kata ketua agensi itu. - REUTERS