FOTO AFP
OTTAWA, 9 Februari - Situasi covid-19 di Kanada, semakin buruk, ekoran tunjuk perasaan selama 10 hari oleh pemandu trak.
Justeru, Perdana Menteri, Justin Trudeau mahu protes berkenaan segera dihentikan.
Ibu kota Kanada, Ottawa ketika ini lumpuh selepas pemandu trak berhimpun bagi membantah peraturan vaksin mandatori.
Protes yang mencetuskan kemarahan penduduk memaksa Datuk Bandar, Jim Watson mengisytiharkan darurat selepas penunjuk perasaan bertindak di luar kawalan.
Semalam, semasa perbahasan tergempar di Parlimen, Justin mengesa protest dihentikan segera.
Bagaimanapun beliau tidak menyatakan langkah bagi menghentikan protes itu.
'Freedom Convoy' atau Konvoi Kebebasan bermula pada 9 Januari lepas sebagai gerakan menentang wajib vaksin di Kanada bagi pemandu lori rentas sempadan.
Bantahan kemudian bertukar menjadi perhimpunan menentang langkah kesihatan awam dan kerajaan pimpinan Trudeau.
Penganjur konvoi sebelum ini memaklumkan, mereka tidak akan bersurai sehingga arahan mewajibkan vaksinasi dibatalkan. -AFP