fb fb fb fb fb

Pelajar bunuh bapa dan 14 pelajar di universiti Prague

Seorang wanita menyalakan lilin di hadapan Universiti Charles di Prague/REUTERS

PRAGUE, 22 Disember- Seorang pelajar Czech berusia 24 tahun menembak mati bapanya, kemudian membunuh 14 individu dan mencederakan 25 yang lain di universitinya di Prague pada Khamis sebelum membunuh diri, kata polis.

Ia merupakan penembakan besar-besaran yang paling teruk pernah berlaku di negara itu.

Kerajaan mengisytiharkan hari berkabung di seluruh Eropah tengah pada 23 Disember bagi mengingati mangsa tembak. Perkara itu diputuskan pada mesyuarat khas kabinet dengan Presiden Republik Czech Petr Pavel.

"Saya meluahkan rasa sedih dan kecewa berkenaan kes tembakan di universiti," kata Pavel.

"Saya mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa, kepada semua yang berada di insiden tragis ini. Ia merupakan kejadian paling tragis dalam sejarah Republik Czech."

Polis menemui senjata di bangunan pusat bandar Prague Charles University iaitu lokasi kejadian tembakan berlaku.

Suspek kemudian menuju ke Prague dari wilayah Kladno di luar ibu negara dengan niat membunuh diri.

Tidak lama selepas itu, bapa penembak ditemukan mati.

Menurut Ketua Polis Martin Vondrasek, bangunan Fakulti Sastera di universiti dikosongkan dan pelajar diarahkan ke bangunan utama fakulti yang lebih besar.

Polis tiba di lokasi kejadian dalam masa beberapa minit selepas laporan tembakan.

Bagaimanapun polis mempunyai "maklumat yang belum disahkan daripada akaun di media sosial ," kata Vondrasek kepada pemberita.

Lelaki bersenjata itu juga disyaki dalam kes pembunuhan seorang lelaki dan anak perempuannya berusia dua bulan yang ditembak mati di dalam hutan di sebuah kampung di luar Prague.

Kematian lelaki bersenjata itu berkemungkinan membunuh diri namun pihak berkuasa sedang menyiasat lebih lanjut berhubung perkara itu, tambah Vondrasek.

Polis berkata dia seorang pelajar pintar dan tidak memiliki rekod jenayah lampau. Dia dipercayai bertindak bersendirian.

Polis turut meminta agar identiti lelaki itu tidak didedahkan.

Menteri Dalam Negeri Vit Rakusan berkata tembakan itu tidak mempunyai kaitan dengan keganasan antarabangsa.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI