KHARKIV, 26 Mei- Sebuah pasar raya di Ukraine yang menjual pelbagai peralatan 'do-it-yourself ' (DIY) musnah selepas terkena bom yang dilancarkan pesawat pejuang Rusia, semalam.
Sekurang-kurangnya empat orang maut ketika pusat beli-belah Epicenter di sini yang penuh dengan pelanggan 'dihentam' dua peluru berpandu.
Gabenor wilayah itu, Oleh Syniehubov berkata, serangan berkenaan turut mencederakan berpuluh-puluh lagi.
Insiden juga telah mencetuskan kebakaran besar.
Rakaman saksi menunjukkan kepulan asap gelap yang besar menjulang ke langit dari pasar raya berkenaan.
Pada 24 Februari 2022, Rusia melancarkan 'operasi khas' ke atas Kiev dan berlarutan hingga kini. Ia telah meragut lebih 31,000 nyawa tentera Ukraine. -Reuters