fb fb fb fb fb

Palestin digesa lakukan transformasi digital

FOTO AFP

RAMALLAH, 9 Februari - Palestin perlu mempercepat transformasi digital.

Bank Dunia dalam laporan yang diterbitkan SEMALAM menggesa, pembaharuan institusi perlu dilaksanakan segera.

Walaupun kemajuan dalam akses internet serta pembangunan perniagaan dan platform digital di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat telah berkembang, namun masih banyak lagi yang harus dilakukan.

Menurut Bank Dunia, hanya sekitar satu pertiga daripada firma di wilayah Palestin mempunyai laman web sendiri.

Manakala 14 peratus daripada golongan dewasa mengaplikasi pembayaran secara digital.

Laporan itu juga menggesa kepada pembaharuan dasar dalaman dan sumber kewangan oleh Pihak Berkuasa Palestin. -AFP

Media Baharu