fb fb fb fb fb

Palestin beri penghormatan negara kepada wartawan yang dibunuh kejam rejim Israel

RAMALLAH, 12 Mei - Ribuan rakyat Palestin pada Khamis memberi penghormatan kepada wartawan Al Jazeera, Shireen Abu Akleh dalam upacara peringatan di Tebing Barat, sehari selepas dia ditembak mati semasa serbuan tentera Israel di kem pelarian Jenin.

Al Jazeera melabelkan insiden itu sebagai pembunuhan kejam yang disengajakan.

Sebagai tanda ketokohan Shireen dalam kalangan rakyat Palestin, wartawan veteran berusia 51 tahun itu menerima apa yang disifatkan sebagai upacara penghormatan negara di perkarangan Istana Presiden di sini yang turut dihadiri diplomat asing.

Beribu-ribu orang berbaris di jalan-jalan raya ketika kerandanya yang disarungkan dengan bendera Palestin, dipandu melalui bandar itu.

Shireen dikenali secara meluas kerana keberanian dan profesionalismenya sejak membuat liputan Intifada Palestin kedua dari 2000 hingga 2005.

(Presiden Palestin Mahmud Abbas mengucapkan selamat tinggal kepada wartawan veteran Al-Jazeera Shireen Abu Akleh semasa upacara pengebumian negara di ibu pejabat presiden/AFP)

Pihak Berkuasa Palestin (PA) telah menolak cadangan supaya mengadakan siasatan bersama dengan Israel.

“Jenayah ini tidak sepatutnya dibiarkan tanpa dihukum,” kata Presiden Mahmud Abbas sambil menegaskan bahawa Israel perlu dipertanggungjawab sepenuhnya atas kematian Shireen. -AFP

 

Media Baharu