fb fb fb fb fb

Pakistan rampas pelarut beracun yang digunakan dalam ubat batuk

Foto Reuters

ISLAMABAD, 11 Januari - Pakistan telah merampas satu kelompok pelarut propilena glikol tercemar yang dikeluarkan oleh Dow Chemical, Thailand, kata pihak berkuasa kawal selia dadah negara itu hari ini.

Langkah itu dibuat ketika pihak berkuasa telah mengenal pasti propilen glikol toksik yang digunakan dalam sirap ubat batuk sebagai punca yang berkemungkinan menyebabkan kematian lebih 300 kanak-kanak di Indonesia, Gambia dan Uzbekistan sejak 2022.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengaitkan kematian di luar Indonesia dengan sirap ubat batuk yang dibuat di India.

“Pasukan lapangan kawal selia telah mengambil kumpulan Propylene Glycol yang tercemar dan sedang menyiasat keseluruhan rantaian bekalan kumpulan ini,” kata pihak berkuasa dadah Pakistan.

Pihak berkuasa turut mengarahkan penarikan balik dari pasaran tempatan dan eksport mana-mana produk yang dikeluarkan daripada kumpulan yang sama.

"Mengenai analisis sampel oleh Makmal Dadah Pusat di Karachi, paras Etilena Glikol yang tidak boleh diterima ditemui," yang boleh membawa kepada risiko kesihatan yang serius, kata pihak berkuasa dadah.

Dow Chemical, Thailand tidak segera membalas e-mel yang mahukan maklum balas segera.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN