fb fb fb fb fb

Pakar PBB beri amaran risiko kesihatan mental penduduk Gaza

Majlis pengebumian rakyat Palestin yang terkorban/REUTERS

GENEVA, 22 April- Pakar Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran risiko penyakit mental boleh terjadi dalam kalangan penduduk Gaza berikutan konflik semasa.

"Sudah tentu, kita melihat kecederaan fizikal, dan kerana ia fizikal, seseorang boleh meninggalkan kesan yang buruk," kata pelapor khas PBB untuk kesihatan, Tlaleng Mofokeng, .

"Tetapi kesusahan mental akut yang kemudiannya akan bertukar menjadi penyakit mental lain."

Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNICEF) berkata, setakat Februari dianggarkan kira-kira 17,000 kanak-kanak di Gaza tidak mempunyai ibu bapa atau keluarga semasa konflik. Sementara itu hampir semua kanak-kanak di enklaf itu memerlukan sokongan kesihatan mental.

Pihak berkuasa kesihatan Palestin berkata lebih 34,000 orang terbunuh dalam serangan yang dicetuskan oleh Israel sejak 7 Oktober lalu.

Serangan Israel telah memusnahkan hospital termasuk Hospital Al Shifa, yang terbesar di Semenanjung Gaza.

"Sistem kesihatan di Gaza dimusnahkan sepenuhnya," kata Mofokeng.

Mofokeng berkata beliau bimbang tentang risiko penyakit bawaan air dan udara selain kekurangan bekalan perubatan serta perkhidmatan kesihatan di Gaza.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI