fb fb fb fb fb

Paetongtarn nyata tekad kerjasama Thailand-Malaysia

Paetongtarn Shinawatra/Foto Reuters

BANGKOK, 19 Ogos - Perdana Menteri baharu Thailand Paetongtarn Shinawatra mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas ucapan tahniah mengenai pelantikannya dan menekankan hubungan persahabatan yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara sebagai jiran dan rakan kongsi rapat.

Paetongtarn, 37 turut menyatakan tekadnya untuk bekerjasama rapat dengan Anwar bagi memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Thailand.

"Hubungan kita telah menikmati momentum yang sangat positif, terima kasih kepada kerjasama erat antara Tuan Yang Terutama dan pendahulu saya, Perdana Menteri @Thavisin (Srettha Thavisin).

Saya berharap dapat bekerjasama rapat dengan anda untuk terus memajukan persahabatan Thailand - Malaysia dan kerjasama yang saling menguntungkan bagi rakyat kedua-dua negara kita," tulisnya di akaun X pada Isnin.

Paetongtarn mula memegang jawatan sebagai perdana menteri negara itu pada 18 Ogos selepas mendapat perkenan Raja Maha Vajiralongkorn.

Beliau dipilih sebagai perdana menteri baharu menggantikan Srettha Thavisin oleh Parlimen pada Jumaat.

TETITIA YUSOFF