fb fb fb fb fb

Omicron kurang beri kesan berpanjangan

LONDON, 17 Jun - Varian Omicron didapati kurang menyebabkan simptom berpanjangan selepas COVID-19 atau "long COVID" berbanding varian-varian lain.

Perkara itu terkandung dalam laporan kajian yang dilakukan oleh para penyelidik di King's College London, United Kingdom.

Laporan itu menyebut kemungkinan untuk pesakit menghidap "long COVID" selepas jangkitan adalah 20 hingga 50 peratus lebih rendah semasa gelombang Omicron di UK berbanding Delta.

Angka itu berbeza bergantung pada umur pesakit dan masa vaksinasi terakhir mereka.

(FOTO FAIL)

Kajian itu dipercayai penyelidikan akademik pertama yang menunjukkan Omicron tidak menyebabkan risiko besar "long COVID."

Namun, ini tidak bermakna jumlah penghidap 'long COVID" semakin berkurangan. - AFP

Media Baharu