fb fb fb fb fb

Negara-negara Arab di PBB gesa siasatan kes pembunuhan wartawan Al-Jazeera, Shiren Abu Akleh

NEW YORK, 12 Mei - Negara-negara Arab di Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) meminta siasatan bebas berkaitan pembunuhan seorang wartawan al-Jazeera, Shiren Abu Akleh ketika sedang membuat liputan semalam.


(Rakyat Palestin membantah kematian wartawan veteran Al-Jazeera Shireen Abu Akleh, yang ditembak mati ketika membuat liputan/AFP)

Duta Palestin ke PBB, Riyad Mansour berkata, negara-negara Arab mengutuk sekeras-kerasnya tindakan jenayah itu yang dipercayai dilakukan Israel.

Jelas Mansour, tuntutan untuk siasatan bebas terkandung dalam tiga surat yang sama dihantar kepada Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres, Majlis Keselamatan PBB dan Presiden Perhimpunan Agung.

Rayuan itu adalah sebahagian daripada pakatan suara untuk siasatan kematian Shiren.

Saluran TV yang berpangkalan di Qatar mendakwa bahawa tentera Israel dengan sengaja menembak mangsa yang berusia 51 tahun itu di kepala semasa pergolakan di kem pelarian Jenin.-AFP

Media Baharu