fb fb fb fb fb

Nahas pesawat: Lima terbunuh disahkan pegawai polis

FOTO REUTERS

BANGKOK, 25 April- Lima yang terbunuh dalam nahas pesawat kecil berhampiran kawasan peranginan di Hua Hin, Wilayah Prachuap Khiri Khan, Thailand, pagi tadi, disahkan pegawai polis negara itu.

Jurucakap polis, Leftenan Jeneral Archayon Kraithong memaklumkan nahas berlaku sekitar 8.00 pagi waktu tempatan dan hanya seorang daripada enam pegawai dalam pesawat terselamat namun mengalami kecederaan serius serta sedang dirawat di hospital.

Pesawat itu dilaporkan terhempas kira-kira 100 meter dari pesisir pantai di daerah Cha-am, sekitar 130 kilometer ke barat daya Bangkok ketika melakukan latihan payung terjun.

Rakaman video yang tular di media sosial memaparkan pesawat berpusing sebelum menjunam ke laut, manakala penduduk dan nelayan tempatan dilihat meredah air separas dada untuk membantu usaha menyelamat.

Ketua Polis Thailand, Jeneral Kitrat Phanphet memberi jaminan siasatan penuh akan dijalankan termasuk menganalisis data kotak hitam pesawat bagi mengenal pasti punca kejadian.

"Polis Diraja Thailand merakamkan ucapan takziah kepada para pegawai yang gugur dalam insiden ini," menurut kenyataan rasmi pihak itu.

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA