fb fb fb fb fb

Nahas bas Afrika Selatan ragut 45 nyawa - Kementerian Pengangkutan

Pasukan bomba sedang memadam kebakaran kesan daripada nahas sebuah bas/REUTERS

AFRIKA, 29 Mac- Satu kemalangan bas di wilayah Limpopo di utara Afrika Selatan mengakibatkan 45 kematian dan seorang cedera parah, kata Jabatan Pengangkutan Afrika Selatan pada Khamis.

Pemandu bas berkenaan hilang kawalan dan melanggar penghadang di jambatan berhampiran Mamatlakala, menyebabkan bas itu terhumban ke satu kawasan gaung dan terbakar, menurut kenyataan jabatan pengangkutan.

Bas itu membawa penumpang dari Botswana ke Moria, sebuah bandar di Limpopo, tambahnya.

Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa menyampaikan ucapan takziah kepada Botswana, kata pejabatnya dalam satu kenyataan.

Hanya seorang kanak-kanak berusia 8 tahun terselamat dalam kemalangan itu dan sedang menerima rawatan perubatan di hospital berdekatan, kata Jabatan Pengangkutan Limpopo dalam satu kenyataan berasingan.

Dalam nahas itu beberapa mayat terbakar sehingga identitinya tidak dapat dikenali manakala yang lain terperangkap dalam bas berkenaan di tempat kejadian, kata jabatan wilayah.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI