fb fb fb fb fb

Modi menang majoriti dalam pilihan raya parlimen

FOTO REUTERS

NEW DELHI, 4 Jun - Perikatan Demokratik Kebangsaan diketuai parti pimpinan Perdana Menteri India, Narendra Modi memenangi majoriti dalam pilihan raya parlimen, memetik laporan agensi berita Sputnik.

Pilihan raya bagi Dewan Rakyat India diadakan dalam tujuh fasa dari 19 April hingga 1 Jun, dengan hari pengundian pada hari ini (4 Jun).

Pengiraan menunjukkan gabungan penyandang perdana menteri memenangi sekurang-kurangnya 280 kerusi parlimen daripada 543.

TETITIA YUSOFF