SUMATERA UTARA, 29 April- 12 wanita maut selepas berlakunya runtuhan di tapak lombong emas haram.
Tragedi berlaku tengah hari semalam di wilayah Sumatra Utara, Indonesia apabila runtuhan menyebabkan mangsa tertimbus.
Kesemua mangsa itu bukan pelombong profesional, berusia antara 30 dan 50 tahun.
Kejadian tanah runtuh dilaporkan oleh dua lagi wanita yang terselamat apabila mereka mendapatkan pertolongan daripada penduduk kampung.
(Gambar hiasa /AFP)
Usaha untuk mengeluarkan mereka mengambil masa yang lama susulan mayat berada pada kedalaman 2 meter.
Lombong emas haram berleluasa di Mandailing Natal iaitu kira-kira 300 kilometer dari Medan dan antaranya merupakan bekas lombong lama yang ditinggalkan.
Tragedi melibatkan tapak lombong sering berlaku akibat tanah runtuh.
Tahun lepas, 6 pelombong maut di tapak lombong emas di Sulawesi; manakala pada 2020 pula, 11 pelombong maut di Sumatra akibat tanah runtuh setelah hujan lebat. -AFP