fb fb fb fb fb

Lukoil ambil alih anak syarikat Shell

MOSCOW, 12 Mei - Syarikat minyak Rusia, Lukoil mengumumkan pengambilalihan anak syarikat Shell yang mengendalikan stesen runcit di negara itu.

Pengumuman dibuat ketika firma Barat terus meninggalkan Rusia berikutan konflik bersenjata di Ukraine.

Pengeluar minyak kedua terbesar Rusia itu bagaimanpun tidak mendedahkan butiran pemerolehan Shell Neft.

(Lukoil ambil alih anak syarikat Shell)

"Bawah perjanjian ini, lebih 350 orang yang kini bekerja di Shell Neft akan berpindah kepada pemilik baharu perniagaan ini," kata Pengarah Hiliran Shell, Huibert Vigeveno dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Lukoil.

Aset Shell Neft termasuk 411 stesen runcit, yang kebanyakannya terletak di tengah dan barat laut Rusia. -AFP

Media Baharu