fb fb fb fb fb

Lubnan berisiko berdepan bencana kemanusiaan seperti Gaza

FOTO REUTERS

SWITZERLAND, 9 Oktober- Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menzahirkan kebimbangan risiko berulangnya bencana kemanusiaan Gaza di Lubnan di tengah-tengah ketegangan memuncak antara Hizbullah dan Israel.

Ini susulan lebih ramai rakyat Lubnan kini terpaksa meninggalkan rumah masing-masing akibat serangan udara rejim Zionis.

Menurut Pengarah Negara Lubnan bagi Program Makanan Sedunia (WFP), Matthew Hollingworth, peperangan antara Hizbullah dan Israel ketika ini telah memberi kesan besar kepada jutaan rakyat Lubnan.

"Terdapat 1.2 juta orang kini terkesan dengan krisis ketika ini. Ratusan ribu orang kehilangan tempat tinggal daripada tujuh daerah yang terletak di selatan Lubnan bersempadan dengan Israel," ujarnya pada sidang media menerusi pautan video di Switzerland.

Tegasnya lagi, ketegangan konflik itu turut boleh menjejaskan Sektor Keterjaminan Makanan di Lubnan dan ini dapat dilihat apabila 1,900 hektar kawasan pertanian di selatan Lubnan telah dimusnahkan, setakat ini.

Manakala, di kawasan penghasilan bijirin, kira-kira 12,000 hektar tanah ladang terbiar, sekali gus memberi kesan kepada hampir 46,000 peladang.

Trainee2