fb fb fb fb fb

Lori bantuan kembali melintasi Khan Younis selepas gencatan senjata Gaza

Foto REUTERS

GAZA, 14 Oktober – Sebuah lori bantuan melalui pasar Khan Younis pada Selasa, sehari selepas pembebasan tebusan Israel terakhir oleh Hamas di bawah perjanjian gencatan senjata.

Saksi melaporkan lori berkenaan membawa beberapa lelaki bersenjata di atas muatannya ketika melalui kawasan pasar yang sesak dengan orang ramai.

Pada Isnin (13 Oktober), Hamas membebaskan semua tebusan Israel yang masih hidup dari Gaza, manakala Israel menghantar pulang berpuluh-puluh tahanan Palestin sebagai sebahagian daripada perjanjian tersebut.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, turut mengisytiharkan berakhirnya perang dua tahun yang telah menggoncang kestabilan di Asia Barat.

Perjanjian gencatan senjata dan pengunduran sebahagian pasukan Israel yang dicapai minggu lalu menamatkan salah satu serangan terbesar sepanjang konflik itu, serangan menyeluruh ke atas Bandar Gaza yang mengorbankan puluhan nyawa setiap hari.

Langkah itu juga membolehkan penghantaran semula bantuan kemanusiaan ke wilayah Palestin berkenaan.

Sejak pelaksanaan gencatan senjata, ribuan penduduk Palestin mula kembali ke kawasan kediaman masing-masing yang musnah akibat pengeboman Israel.

Pihak berkuasa kesihatan Gaza melaporkan serangan itu telah meragut sekurang-kurangnya 68,000 nyawa dan memusnahkan sebahagian besar wilayah berkenaan. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN