fb fb fb fb fb

Lima individu ditahan, pasarkan produk tiruan Piala Dunia Qatar

DOHA, 11 Mei - Pihak berkuasa Qatar menahan lima individu kerana memasarkan produk tiruan Piala Dunia, ketika pekerja asing berpusu-pusu untuk melihat trofi kejohanan itu yang dipamerkan, pada Selasa.

Kelima-lima mereka telah ditahan oleh polis jenayah siber "kerana mempromosikan penjualan pakaian yang mengandungi logo Piala Dunia FIFA Qatar 2022 tanpa mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada FIFA," kata Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan.

Penahanan tersebut adalah yang pertama berhubung pemalsuan barangan Piala Dunia di Qatar.


(Seorang lelaki bergambar di sebelah trofi Piala Dunia FIFA semasa ia dipamerkan diĀ 
perkampungan
budaya Katara di Doha, Qatar/AFP)

Bertindak atas maklumat mengenai akaun media sosial yang menjual kemeja-T dan topi yang mengandungi simbol Piala Dunia, polis merampas barangan tersebut.

Suspek yang tidak dinamakan "mengaku pertuduhan terhadap mereka apabila dikemukakan dengan bukti" dan mereka akan dirujuk kepada pendakwa raya, tambah kenyataan itu.

FIFA juga telah menghantar "peringatan mesra" dalam mesej teks telefon untuk menghalang penggunaan haram lambang kejohanan dan Piala Dunia. - AFP

Media Baharu