fb fb fb fb fb

Lebih 500 maut akibat banjir dan tanah runtuh di Sumatera Barat

Foto AFP

SUMATERA BARAT, 1 Disember – Lebih 500 orang disahkan maut selepas ribut tropika yang jarang berlaku mencetuskan banjir besar dan tanah runtuh di bahagian barat Indonesia, menurut angka rasmi pada Isnin.

Menurut pihak berkuasa tempatan, seramai 508 individu lagi masih hilang.

Sementara itu, lebih 28,000 rumah dilaporkan rosak di Indonesia, manakala 1.4 juta orang terjejas akibat bencana tersebut, menurut agensi pengurusan bencana negara.

Pasukan penyelamat dan penduduk di Sumatera Barat bertungkus lumus membersihkan jalan yang ditutupi lumpur dan serpihan.

Pasukan penyelamat membawa beg mayat di bandar Palembayan pada Isnin, manakala sebahagian penduduk cuba menyelamatkan barangan berharga seperti dokumen dan motosikal daripada rumah mereka yang rosak.-REUTERS

ROSLINA BINTI DIN