GENEVA, 4 Julai- Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) pada Rabu berkata lebih daripada 200,000 orang akan terjejas oleh Taufan Beryl yang sedang melanda tenggara Caribbean, lapor Agensi Anadolu.
"Lebih 200,000 orang berkemungkinan terjejas oleh Taufan Beryl, dengan ramai yang berisiko kehilangan tempat tinggal akibat kemusnahan infrastruktur," kata IOM di platform X.
Agensi itu berkata ia bersama rakan-rakan kerjasama sedang berada di lapangan menilai keperluan segera bagi mereka yang terjejas.
Taufan Beryl melanda tenggara Caribbean sebagai ribut Kategori 4 yang kuat, kemudian melintasi pulau-pulau dan menuju ke Jamaica.
Ribut itu telah mengakibatkan sekurang-kurangnya enam kematian. -BERNAMA-ANADOLU