fb fb fb fb fb

Krisis iklim: Aktivis alam sekitar Jerman mogok lapar desak kerajaan bertindak

Salah seorang aktivis alam sekitar, Wolfgang Metzeler-Kick/Foto https://hungern-bis-ihr-ehrlich-seid.de

BERLIN, 13 Jun- Sekumpulan aktivis alam sekitar Jerman mengakhiri mogok lapar paling lama bagi mendesak kerajaan negara itu bertindak bagi menangani krisis iklim.

Mogok yang bermula awal Mac lalu dengan motto "Berlapar sehingga anda memberitahu kebenaran dimulakan oleh seorang anggota kumpulan aktivis berkenaan, Wolfgang Metzeler-Kick, berhenti makan.

Aktivis berusia 49 tahun itu menjalani mogok lapar tersebut untuk tempoh selama 92 hari dan telah dikejarkan ke hospital pada awal Jun lalu.

Dia dilaporkan meneruskan mogok lapar berkenaan beberapa hari kemudian.

Manakala tujuh lagi aktivis menyertai mogok berkenaan selama seminggu dengan mendirikan perkhemahan di tengah-tengah Berlin Park.

Terdapat beberapa anggota mula makan pada minggu lalu dan ada anggota yang lain telah mengumumkan untuk menamatkan mogok lapar berkenaan.

Kumpulan aktivis tersebut mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan mereka adalah untuk kesinambungan kewujudan ketamadunan manusia yang terancam akibat krisis iklim dan menggesa tindakan radikal perlu untuk mengubah situasi tersebut daripada berlanjutan.

Canselor Jerman,Olaf Scholz sebelum ini menggesa agar mogok lapar itu dihentikan pada penghujung Mei lepas dan berkata tindakan itu bukan jalan terbaik bagi menyalurkan kritikan sama ada Jerman telah melakukan sesuatu bagi menangani perubahan iklim.

Aktivis iklim telah melakukan beberapa aksi yang menarik untuk menyampaikan mesej mereka di Jerman.

Sebelum ini, sebuah kumpulan yang dikenali sebagai Letzte Generation ("Generasi Terakhir") telah berulang kali duduk di jalan raya yang sibuk dan melekatkan tangan mereka pada tarmac.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD