fb fb fb fb fb

Korea Utara perlu mansuh sepenuhnya program nuklear, Seoul janji bantu ekonomi

(Penyokong bersorak ketika Presiden Korea Selatan Yoon Suk-yeol melambai tangan
dari kereta selepas Majlis Angkat Sumpah Presiden di Seoul hari ini/AFP)

SEOUL, 5 Mei- Presiden baharu Korea Selatan, Yoon Suk-yeol mahu ‘pemansuhan sepenuhnya program pembangunan nukelar’ di Korea Utara.

Jelas Yoon ketika berucap pada majlis perlantikan rasmi sebagai presiden pagi ini, program yang dibangunkan oleh negara jiran Korea itu adalah ancaman kepada keselamatan global.

“Jika Pyongyang benar-benar mahu memulakan proses untuk menghapuskan sepenuhnya pembangunan senjata nuklear", kami bersedia untuk membentangkan "pelan berani" bagi ekonomi negara miskin itu, kata Yoon.

Pemimpin konservatif dengan polisi lebih agresif itu juga akan mempertimbangkan bantuan ekonomi yang signifikan kepada Korea Utara jika Pyongyang terlebih dahulu menghentikan program nuklearnya -- tuntutan yang disifatkan kutukan kepada Kim Jong Un dan mungkin akan menghalang sebarang peluang untuk berdialog, kata penganalisis.


(Penduduk hadir pada Majlis Angkat Sumpah Presiden baharu Korea Selatan Yoon Suk-yeol di tapak
Perhimpunan Kebangsaan atau National Assembly di Seoul pada 10 Mei 2022/AFP)

“Jika Korea Utara benar-benar memulakan proses untuk menghapuskan program nuklear mereka, kami (akan) membentangkan rancangan berani yang akan mengukuhkan ekonomi Korea Utara seterusnya meningkatkan kualiti hidup rakyat," kata Yoon.

“Program peluru berpandu dan nuklear Kim (Korea Utara) adalah ancaman kepada Korea Selatan, kawasan serantau dan keselamatan global,” kata Yoon yang turut menambah “pintu dialog akan kekal terbuka supaya kita dapat menyelesaikan ancaman secara aman.”

Pentadbiran konservatif Yoon dikatakan bersedia untuk memulakan dasar luar yang lebih agresif untuk ekonomi ke-10 terbesar di dunia itu selaras janji pilihan raya pada Mac lalu berbanding pendekatan dasar diplomasi yang dilakukan Presiden Moon Jae-in sejak lima tahun pentadbirannya. -AFP

Baca selanjutnya Presiden K. Selatan mulakan tugas dengan taklimat keselamatan Semenanjung Korea

Media Baharu