SEOUL, 3 Februari - Korea Utara menguji peluru berpandu jelajahnya (ICBM) serta peluru berpandu darat ke udara baharu di luar pantai baratnya pada Jumaat, lapor media kerajaan (KCNA) pada Sabtu.
Pelancaran pada Jumaat itu menandakan kali keempat dalam masa lebih seminggu, Pyongyang telah melancarkan peluru berpandu sedemikian.
"Ujian ini adalah sebahagian daripada aktiviti biasa Direktorat Am dan Agensi Pembangunan Pertahanan di bawah bidang kuasanya untuk memajukan teknologi sistem senjata baharu dalam pelbagai aspek, seperti fungsi, prestasi dan operasinya, dan tidak berkaitan dengan wilayah serantau," kata KCNA.
Sebelum ini, penganalisis memberi amaran Korea Utara boleh menguji peluru berpandu jelajah sebelum menghantarnya ke Rusia untuk digunakan di Ukraine.-REUTERS