fb fb fb fb fb

Konflik Rusia - Ukraine tidak jejaskan perancangan aset pertahanan negara

KUALA LUMPUR, 16 Mac- Konflik Rusia - Ukraine tidak memberikan implikasi besar terhadap perolehan dan perancangan aset pertahanan negara mahupun kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam memelihara keselamatan, kestabilan dan kedaulatan negara.

Tegas Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, kementerian sentiasa mengambil pendekatan mempelbagaikan sumber perolehan aset-aset strategik sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada negara-negara tertentu.

"Apa jua perkembangan dalam isu ukraine-rusia ini tidak akan menjejaskan kesiagaan ATM dalam usaha mempertahankan kedaulatan negara,

"Tambahan pula, bagi memastikan tahap kesiagaan aset atm sentiasa berada dalam keadaan yang baik, kementerian akan memperluaskan alternatif bagi mendapatkan bekalan alat ganti yang diperlukan daripada sumber negara lain yang menggunakan teknologi yang sama seperti India," jelasnya di Dewan Rakyat, hari ini.

(MINDEF sentiasa mengambil pendekatan mempelbagaikan sumber perolehan aset-aset strategik, sekali gus mengurangkan
kebergantungan kepada negara-negara tertentu. - FOTO H20 Images)

Jelasnya lagi, kementerian melalui syarikat-syarikat tempatan mempunyai kontrak dengan pihak Rusia bagi membekalkan alat-alat ganti pesawat Sukhoi SU-30MKM dan kontrak perolehan peluru Metis-M Anti-Tank Guided Missile (ATGM).

"Bagaimanapun sebelum berlakunya isu Ukraine-Rusia ini, negara sememangnya telah mempunyai perancangan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap Rusia,

"Syarikat tempatan yang terlibat iaitu Aerospace Technology System Corp Sdn Bhd (ATSC) juga telah mengesahkan bahawa mempunyai keupayaan untuk meneruskan penyelenggaraan pesawat Sukhoi SU-30MKM dan telah mempunyai stok alat ganti untuk 2 tahun," katanya lagi.

Media Baharu