fb fb fb fb fb

Kereta api tergelincir di India, dua maut

FOTO AFP

PATNA, 30 Julai- Sebuah kereta api di India tergelincir daripada landasan hari ini hingga mengakibatkan beberapa kenderaan lain terbalik serta mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang dan mencederakan 20 yang lain.

Kereta api penumpang Howrah-Mumbai Express dilapor tergelincir berhampiran Jamshedpur di negeri timur Jharkhand sebelum subuh tadi.

"Terdapat satu lagi kereta api barang tergelincir berhampiran, tetapi tidak jelas sama ada kedua-dua kemalangan itu berlaku serentak (bertembung) atau tidak," kata jurucakap Indian Railways, Om Prakash Charan.

Charan berkata, sebanyak 18 gerabak telah terkeluar daripada landasan dan ketika ini operasi menyelamat serta pembersihan sedang giat dijalankan.

Kemalangan kereta api paling teruk pernah berlaku di India pada 1981, apabila taufan 'meniup' kereta api ke dalam sungai di negeri Bihar, menyebabkan 800 maut dan lebih 100 cedera. -AFP

SITI AISHAH MD ISA