fb fb fb fb fb

Kereta api peluru Jepun, lewat 17 minit angkara ular

Foto AFP

TOKYO, 17 April- Kehadiran seekor ular berukuran panjang 40 sentimeter (cm) di dalam kereta api peluru terpantas Jepun atau dikenali sebagai "Shinkasen" telah mengakibatkan kelewatan pada Selasa.

Situasi lewat 17 minit yang jarang berlaku terhadap perkhidmatan itu telah memaksa prosedur keselamatan kecemasan dilaksanakan di antara perjalanan Nagoya dan Tokyo.

Menurut jurucakap Central Japan Railway kepada AFP, tidak dapat dipastikan jenis ular berkenaan dan bagaimana situasi itu berakhir namun tiada kecederaan atau situasi panik dalam kalangan penumpang.

Pelanggan Shinkansen boleh membawa anjing kecil, kucing dan haiwan lain termasuk merpati di atas kapal tetapi bukan ular.

"Sukar untuk membayangkan ular liar memanjat kereta api di salah satu stesen. Kami mempunyai peraturan untuk tidak membawa ular ke dalam Shinkansen tetapi kami tidak memeriksa bagasi penumpang."

"Kereta api itu pada asalnya dijadualkan pergi ke Osaka, tetapi syarikat itu memutuskan untuk menggunakan kereta api berbeza untuk perjalanan itu, menyebabkan kelewatan kira-kira 17 minit," kata jurucakap itu kepada AFP.

Rondaan oleh pengawal keselamatan beruniform di atas kereta api peluru itu dipertingkat selepas kejadian tikaman maut pada 2018 yang mengejutkan Jepun.

Selain itu, keselamatan tambahan sempena Sukan Olimpik Musim Panas pada 2021 dan mesyuarat Kumpulan Tujuh, tahun lepas.

Pertama kali dilancarkan pada 1964, rangkaian shinkansen tidak pernah mengalami kemalangan yang mengakibatkan mana-mana penumpang maut atau cedera, menurut Japan Railways.

Kereta api itu boleh bergerak pada kelajuan 285 kilometer (177 batu) sejam, dengan purata kelewatan 0.2 minit.- AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM