fb fb fb fb fb

Kemungkinan tanah runtuh susulan di Gunung Mungalo

FOTO REUTERS

PORT MORESBY, 4 Jun - Pihak berkuasa Papua New Guinea memberi amaran risiko tanah runtuh akan berlaku lagi di kawasan bencana baru-baru ini.

Draf laporan dalaman Jabatan Perlombongan dan Geobencana Papua New Guinea mengarahkan supaya penduduk di kawasan itu berpindah dan mengisytiharkan sebagai 'zon larangan'.

"Kawasan ini perlu diisytiharkan sebagai zon larangan," laporan itu memberi amaran kemungkinan akan berlaku tanah runtuh susulan berikutan kedudukan aliran bawah tanah yang tidak stabil.

Menyatakan bahawa terdapat 'kemungkinan tinggi tanah runtuh susulan berlaku dalam masa terdekat, , laporan itu turut menyimpulkan bahawa 'sebarang akses ke kawasan itu harus dihadkan kepada pakar'.

Operasi mencari mangsa tertimbus di Gunung Mungalo, di tengah Papua New Guinea turut dihentikan.

Bagaimanapun penduduk berdegil dan tidak berputus asa menggali tanah menggunakan jentera berat untuk mencari ahli keluarga serta rakan mereka.

Ahli geologi dan pakar kerajaan lain berkata tindakan itu dibimbangi memburukkkan lagi keadaan di kawasan kejadian.

"Pergerakan atau getaran dari jentera akan menggerakkan batu-batu ini," laporan itu memberi amaran.

Pihak berkuasa tempatan menganggarkan seramai 7,849 orang dimasukkan ke hospital akibat bencana itu.

Anggaran awal kerajaan Papua New Guinea mendakwa seramai 2,000 mayat telah dikebumikan bulan lalu, meskipun pegawai tempatan memberitahu angkanya hanya ratusan.

Hanya sembilan mayat telah ditemui, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.

Agensi bantuan telah memasang beberapa khemah di sekitar tapak tanah runtuh untuk memberikan pertolongan cemas dan makanan.

Papua New Guinea adalah salah satu kawasan yang paling terdedah kepada bencana di dunia.

Laporan kerajaan bertarikh 3 Jun, telah dijalankan oleh sepasukan ahli geologi jurutera geo dan pakar geobencana. - AFP

TETITIA YUSOFF