MANILA, 11 Mei - Kemenangan Ferdinand Marcos Jr pada pilihan raya Presiden Filipina mencetus kebimbangan dalam kalangan rakyat negara itu.
Ia dianggap kebangkitan semula yang bakal meletakkan sistem demokrasi rapuh di negara itu dalam keadaan berisiko.
Dengan kejayaan memperoleh lebih 29.6 juta undi selepas lebih 90% undi dikira, Marcos Jr yang lebih dikenali sebagai 'Bongbong' hampir dua kali ganda mengatasi undi pesaing terdekatnya, Leni Robredo.
Kejayaan itu membayangkan satu perubahan bakal berlaku apabila pewaris mendiang Ferdinand Marcos itu mentadbir negara.
Apatah lagi selepas terpaksa hidup dalam buangan susulan kebangkitan 'kuasa rakyat' pada tahun 1986 akibat skandal kleptokrasi bapanya dan Imelda Marcos selaku isteri presiden.
Kempen Marcos Jr fokus kepada pemutihan secara dalam talian secara berterusan terhadap rejim kejam dan korup keluarganya.
(Rakyat Filipina menyuarakan kebimbangan terhadap kemenangan Ferdinand Marcos Jr pada pilihan raya Presiden Filipina)
Aktivis hak asasi manusia, pemimpin Katolik dan penganalisis politik juga memberi amaran bahawa Marcos Jr dijangka memerintah dengan lebih keras jika menang dengan margin yang besar.
Sementara itu, Bongbong ketika memberi kenyataan selepas keputusan tidak rasmi memihak kepadanya, mahu semua bertenang dan menunggu sehingga keputusan rasmi diumumkan.
Keputusan rasmi pilihanraya presiden Filipina hanya akan di ketahui hujung bulan ini.
Pencabar Bongbong, Robredo pula berkata keputusan pilihan raya seharusnya mencerminkan kejujuran suara rakyat.
Beliau memberi kenyataan itu selepas keputusan tidak rasmi memihak kepada Bongbong.