fb fb fb fb fb

Jet pejuang India terhempas semasa penerbangan latihan

Ini merupakan kejadian kedua pesawat MiG-29 India terhempas/Foto X

NEW DELHI, 4 November - Sebuah pesawat MiG-29 milik Tentera Udara India terhempas berhampiran Agra di negeri Uttar Pradesh semasa latihan rutin pada Isnin.

“Juruterbang berjaya mengawal pesawat untuk memastikan tiada kerosakan terhadap nyawa atau harta di darat sebelum selamat keluar menggunakan kerusi lenting,” menurut kenyataan Tentera Udara India.

Satu siasatan telah diperintahkan untuk menyiasat punca kemalangan yang dikatakan berpunca daripada kerosakan sistem.

Ini merupakan kejadian kedua pesawat MiG-29 India terhempas dalam tempoh kira-kira dua bulan.

Pada September, sebuah MiG-29 terhempas di kawasan Barmer, negeri Rajasthan, disebabkan kerosakan teknikal - BERNAMA

GRACE AISYAH KEDAYAN