fb fb fb fb fb

Jet F7 terhempas: Dua juruterbang Iran maut

(Jet pejuang Iran buatan Amerika Syarikat terbang di udara/Foto hiasan AFP)

DUBAI, 24 Mei- Dua juruterbang Iran maut selepas jet pejuang F7 terhempas hari ini berhampiran bandar Anarak, 200 kilometer (km) timur bandar Isfahan, lapor agensi berita rasmi Iran, IRNA.

"Misi jet itu adalah melakukan latihan menembak tetapi berlaku kemalangan pada 8.30 pagi (waktu tempatan)," kata seorang pegawai dari wilayah Isfahan kepada IRNA.

Pakar berkata, Iran mempunyai rekod keselamatan udara yang lemah dengan kemalangan berulang, kebanyakannya membabitkan pesawat yang dibeli sebelum Revolusi Islam 1979 dan kekurangan alat ganti untuk penyelenggaraan.

Menurut laporan Reuters pada Februari lalu, sebuah jet F5 yang digunakan oleh tentera Iran terhempas ke dinding sebuah sekolah di bandar barat laut Tabriz, membunuh dua juruterbang, selain, seorang pemandu yang keretanya dilanggar jet berkenaan di tempat nahas.

(FOTO REUTERS)

Sementara itu, agensi berita AFP melaporkan, kebanyakan armada udara IranĀ adalah Jet pejuang MiG dan Sukhoi Rusia yang bermula sejak era Soviet, serta beberapa pesawat dari China, termasuk F-7.

Jet pejuang F-4 dan F-5 Amerika Syarikat yang mula digunakan sejak sebelum revolusi Islam 1979 juga merupakan sebahagian daripada kelengkapan armada Iran.

Berita berkaitan
Jet pejuang tentera Iran terhempas, 3 orang terbunuh

Media Baharu