fb fb fb fb fb

Jerman akan hantar tujuh kereta kebal dan lima sistem artileri ke Ukraine

SLOVAKIA, 6 Mei - Jerman akan menghantar tujuh kereta kebal bergerak sendiri ke Ukraine, di samping lima sistem artileri.

Menteri Pertahanan Jerman, Christine Lambrecht berkata negara itu telah mengubah dasar lamanya untuk tidak menghantar senjata berat ke zon perang minggu lalu.

Ini berikutan tekanan di dalam dan luar negara supaya ia membantu Ukraine menangkis serangan Rusia.

Senjata berat itu akan dihantar beberapa minggu lagi sebaik sahaja ia diselenggarakan.

Sementara itu Ketua pertahanan Jerman, Jeneral Eberhard Zorn yakin tentera Ukraine berkebolehan untuk mengendalikan kereta kebal buatan Soviet itu.

(REUTERS)

“Kami perlu menghadapi pencerobohan Rusia, kami perlu menyokong Ukraine dalam perjuangan ini, dalam perang ini,” kata Menteri Pertahanan Belanda Kajsa Ollongren pada sidang akhbar bersama Lambrecht.

Kiev telah meminta 12 kereta kebal bergerak sendiri dan latihan pantas untuk menggunakan senjata dengan cekap di medan perang, kata Ollongren di pangkalan udara Sliac, di mana Jerman dan Belanda telah menyediakan bateri pertahanan peluru berpandu sejak Rusia menyerang Ukraine.

"Latihan kumpulan pertama kira-kira 20 tentera Ukraine menggunakan Panzerhaubitze 2000 dijangka bermula minggu depan di bandar Idar-Oberstein, Jerman, kata Zorn.

"Askar-askar ini mempunyai pengalaman dalam mengendalikan kereta kebal buatan Soviet itu.

Panzerhaubitze 2000 adalah salah satu senjata artileri paling berkuasa dalam inventori Bundeswehr dan boleh mencapai sasaran pada jarak 40 km (25 batu).

Rayuan Ukraine untuk mendapatkan senjata berat semakin meningkat sejak Moscow telah melakukan serangan yang paling hebat di timur dan selatan negara itu, selepas gagal menawan ibu kota Kiev.-REUTERS

Media Baharu