fb fb fb fb fb

Jepun ucap tahniah atas kemenangan Modi

Foto hiasan

TOKYO, 5 Jun- Jepun mengucapkan tahniah kepada pakatan Narendra Modi atas kemenangan dalam pilihan raya umum India dan menggelar negara itu sebagai "rakan kongsi penting".

"Kami mengucapkan tahniah kepada gabungan pemerintah yang diketuai oleh Modi atas pengisytiharan kemenangan mereka," kata jurucakap tertinggi kerajaan Yoshimasa Hayashi kepada pemberita.

"India adalah rakan kongsi penting untuk merealisasikan Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka, dan kami akan terus mengukuhkan hubungan Jepun-India," katanya.

Pengulas dan tinjauan keluar mengunjurkan kemenangan besar untuk Modi, tetapi parti nasionalis Hindu kehilangan majoriti parlimen buat kali pertama dalam tempoh sedekad.

Modi, telah dirayu oleh Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah sebagai pengimbang kepada China, walaupun diberi amaran oleh aktivis hak asasi manusia mengenai peningkatan autoritarianisme.

Jepun dan India adalah sebahagian daripada kumpulan yang dipanggil "Quad" yang turut merangkumi Amerika Syarikat dan Australia.

Perdana Menteri India turut menghadiri sidang kemuncak G7 di Hiroshima tahun lalu, walaupun India bukan sebahagian daripada blok itu.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI