TOKYO, 12 Jun- Jepun sedang mempertimbang usaha untuk mengenakan sekatan ke atas syarikat yang menyokong perang Rusia ke atas Ukraine, termasuk firma dari China.
Sekatan itu melibatkan syarikat yang membekalkan bahan perang yang boleh digunakan oleh tentera Moscow, lapor penyiar awam NHK pada hari Rabu.
Laporan itu secara khusus menyatakan kemungkinan sekatan menyasarkan "kumpulan yang disyaki" serta termasuk syarikat domestik China yang berpangkalan di Jepun.
"Persediaan itu sedang dijalankan untuk Perdana Menteri, Fumio Kishida mengumumkan sekatan pada sidang kemuncak G7 yang dijadualkan lewat minggu ini, jika rancangan itu dimuktamadkan," kata NHK.
Pegawai Amerika Syarikat berkata China menyokong usaha perang Rusia di Ukraine dengan membantu Moscow dalam pembinaan ketenteraan terbesar sejak era Soviet, menyediakan teknologi dron dan peluru berpandu.
AS mengenakan sekatan ke atas 20 syarikat yang berpangkalan di China dan Hong Kong pada Mei dan pemimpin G7 mungkin memberi amaran kepada bank-bank China yang lebih kecil dalam membantu Rusia mengelak daripada sekatan Barat.- REUTERS