fb fb fb fb fb

Israel terus serang Gaza, 12 lagi terbunuh

JENIN, 23 Mei - Sekurang-kurangnya 12 penduduk Palestin terbunuh termasuk empat kanak-kanak dalam serangan terbaharu Israel di bandar Jenin, Tebing Barat.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, serangan itu turut menyebabkan 25 lagi rakyat Palestin mengalami kecederaan.

Tebing Barat telah menyaksikan lonjakan peningkatan serangan oleh Israel, terutama sejak konflik Israel-Hamas bermula pada 7 Oktober lalu.

Sekurang-kurangnya 518 rakyat Palestin terbunuh di Tebing Barat akibat serangan Israel itu.

Serangan berterusan Israel turut menyebabkan 

sekurang-kurangnya 35,709 orang terkorban di Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. - AFP

Customer Support