fb fb fb fb fb

Israel tembak mati remaja Palestin

AL-BIREH, 11 Mei- Seorang remaja Palestin ditembak mati oleh tentera Israel.

Insiden berlaku semasa pertempuran berhampiran Ramallah di Tebing Barat yang dicerobohi.

Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan,Thaer Khalim Muslet al-Yazouri, 18 tahun ditembak di bahagian dada.

(Jenazah remaja, Thaer Khalim Muslet al-Yazouri dibawa untuk pengebumian / Foto AFP)

Kejadian tersebut berlaku di daerah Al-Bireh.

Jurucakap tentera Israel mengesahkan, pasukan tentera melepaskan peluru getah semasa pertempuran di kawasan itu.- AFP

Media Baharu