fb fb fb fb fb

Israel roboh, bakar rumah di kem Jenin

Foto REUTERS

JENIN, 23 April- Israel meneruskan serangannya ke atas bandar dan kem Jenin untuk hari ke-93 berturut-turut, dengan merobohkan dan membakar rumah, serta menukarkan yang lain menjadi kawasan ketenteraan.

Memetik agensi berita Palestin (WAFA), wartawan melaporkan bahawa Israel telah memasang pintu besi di barat kem, sementara letupan kedengaran jauh di dalam kem, yang dilarang didekati atau dimasuki.

Menurut Datuk Bandar Jenin, Muhammad Jarrar, jentolak Israel terus menjalankan operasi perobohan di dalam kem.

"Israel telah memusnahkan kira-kira 600 rumah, selain merosakkan sebahagian besar rumah di kem tersebut, menjadikannya tidak boleh didiami.

"Usaha masih diteruskan untuk menyediakan rumah sementara bergerak kepada 21,000 orang yang dipindahkan.

"Sejak serangan Israel ke atas bandar dan kem Jenin, seramai 39 orang awam telah terkorban, puluhan lagi cedera, dan ramai yang ditangkap," lapor WAFA

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM