fb fb fb fb fb

Israel mengaku serang unit risikan Hizbullah di Damsyik

Gambar hiasan

BAITULMAQDIS, 5 November - Tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas unit perisikan kumpulan Hizbullah di Damsyik, semalam.

Operasi tersebut menyasarkan kumpulan pejuang Hizbullah yang berkaitan dengan ibu pejabat perisikan mereka di Syria.

Tentera Israel mengaku bertanggungjawab atas serangan udara itu.

Kebiasaannya, Israel jarang membuat pengakuan terbuka mengenai serangan ke atas wilayah Syria. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN