fb fb fb fb fb

Israel lancar serangan baharu ke atas Lubnan

Gambar ini diambil dari bandar Tyre di selatan Lubnan menunjukkan asap yang naik dari lokasi serangan udara Israel yang menyasarkan kampung Zibqin hari ini/AFP

BEIRUT, 4 Oktober- Pasukan Israel meneruskan pencerobohan mereka terhadap Lubnan awal Jumaat, menyerang daerah selatan Beirut dan pelbagai wilayah di seluruh negara, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Laporan menunjukkan sejumlah besar korban dan kerosakan yang meluas pada bangunan, kemudahan dan infrastruktur kritikal akibat serangan udara Israel yang terbaru.

Menurut sumber tempatan dan media, pesawat tempur dan artileri Israel melancarkan serangan ke atas beberapa bandar termasuk Khiam, Bint Jbeil, Tora, Al-Tiri, Kfar Kila, Khirbet Selim, Al-Labouna, Al-Alam, Tayr Harfa, Adaisseh, Auta al-Shaab, Dhayra, Al-Bustan, Majdel Zoun, Shaqra, Al-Majadel dan Aytit di selatan Lubnan.

Selain itu, serangan udara turut menyasarkan kawasan Masnaa di sepanjang sempadan Lubnan-Syria, sekali gus memutuskan laluan utama antarabangsa.

Serangan juga terkena bandar Baalbek dan beberapa bandar di Lembah Bekaa di timur Lubnan termasuk Bouday, Shmestar, Taria dan Ali Al-Nahri. - BERNAMA-WAFA

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA