fb fb fb fb fb

Israel bom bangunan tinggi di Gaza City

Menara Mushtaha di Al-Rimal, Gaza City musnah dalam serangan udara Israel semalam/AFP

GAZA CITY, 6 September- Tentera Israel memusnahkan Menara Mushtaha, sebuah bangunan tinggi di kawasan Al-Rimal, Gaza City semalam, yang kononnya menurut zionis menjadi lokasi pejuang Hamas.

Serangan udara itu menyebabkan penduduk terpaksa melarikan diri dari rumah mereka, manakala awan debu dan asap tebal menyelimuti kawasan berkenaan.

Agensi Pertahanan Awam Gaza melaporkan sekurang-kurangnya 19 orang maut akibat serangan di Gaza City termasuk sebahagian daripada 42 rakyat Palestin terbunuh di seluruh wilayah pada hari sama.

Jurucakap agensi itu menyatakan Israel melaksanakan "dasar pengusiran paksa terhadap orang awam."

Arej Ahmed, salah seorang penduduk yang tinggal di khemah berdekatan berkata suaminya menyaksikan penduduk di Menara Mushtaha membuang barang-barang dari tingkat atas untuk menyelamatkan diri sebelum bangunan itu dibom.

Dalam pada itu, Hamas menafikan tuduhan Israel bahawa mereka menggunakan bangunan tinggi tersebut dan menyifatkan serangan itu sebagai alasan untuk menyerang penduduk awam. -AFP

SITI AISHAH BINTI MD ISA