fb fb fb fb fb

Iran bebaskan warga Perancis Louis Arnaud yang ditahan sejak 2022- Macron

Presiden Perancis Emmanuel Macron/ REUTERS

MOSCOW, 13 Jun- Iran telah membebaskan warga Perancis, Louis Arnaud yang ditahan pada Sept 2022 dan telah berada dalam tahanan sejak itu, kata Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Rabu.

"Louis Arnaud kini bebas. Esok, dia akan berada di Perancis selepas sekian lama dipenjarakan di Iran," kata Macron yang dipetik AFP, lapor Sputnik.

Presiden Perancis itu mengucapkan terima kasih kepada Oman atas bantuan dalam membebaskan Arnaud dan menggesa Tehran supaya membebaskan tiga lagi warga Perancis "tanpa berlengah."

Arnaud, seorang perunding perbankan Perancis ditahan semasa melawat Iran. Tahun lalu, dia dilaporkan dijatuhi hukuman penjara lima tahun atas tuduhan keselamatan negara.-BERNAMA-SPUTNIK

 

ROSLINA BINTI DIN