fb fb fb fb fb

India siap sedia hadapi taufan Remal

FOTO REUTERS

INDIA, 27 Mei - India bersiap sedia menghadapi taufan Remal yang pertama tahun ini, ribut dengan kelajuan angin hingga 120 kmj (75 mph) dijangka berlaku, kata jabatan cuaca India.

Kejadian sama dijangka melanda Bangladesh dengan pejabat cuaca mengeluarkan amaran bahaya ribut kepada 10 iaitu paras tertinggi di dua pelabuhan dan sembilan daerah pantai.

Orang ramai mula diarahkan berpindah dan menjauhi kawasan pantai.

India mengerahkan pasukan bantuan bencananya di negeri timur Bengal Barat dan beberapa penerbangan turut diarahkan untuk menangguhkan perjalan.

Sebahagian di Bengal Barat telah mula mengalami hujan sederhana dan kerajaan telah membekukan cuti pekerja dalam perkhidmatan penting, kata seorang pegawai badan sivik.

Ketua bahagian ramalan cuaca di pusat meteorologi wilayah di Kolkata memberitahu Reuters beliau menjangkakan taufan itu akan melanda antara pukul 11.00 malam waktu tempatan.

"Ramalan adalah untuk taufan itu bergerak ke utara dan mendarat pada lewat malam (Ahad) antara Bangladesh dan pantai Bengal Barat." kata Saintis Jabatan Meteorologi India, Somenath Dutta.

"Akibat bencana alam, kerana taufan akan melanda tidak lama lagi, kami tidak dapat terbang keluar. Kami tidak diberi sebarang maklumat mengenai pembatalan penerbangan. Penerbangan kami pada 8:30 pagi (0300GMT) dan kami telah berada di lapangan terbang sejak 6:00 pagi," kata salah seorang penumpang pesawat, Himadri Das. - REUTERS

TETITIA YUSOFF