fb fb fb fb fb

India berusaha tangani masalah tunggakan kes di mahkamah

Foto AFP

NEW DELHI, 20 November - Menteri Dalam Negeri India, Amit Shah berikrar untuk menangani tunggakan kes mahkamah dengan mengeluarkan jaminan kepada tahanan yang menunggu perbicaraan untuk jenayah ringan yang telah menjalani sekurang-kurangnya satu pertiga daripada hukuman.

Tiada butiran mengenainya bilangan tahanan yang terlibat setakat ini namun akan dilaksanakan sebelum perayaan Hari Perlembagaan India pada 26 November 2024.

"Tidak ada seorang pun banduan di penjara negara ini yang telah menjalani satu pertiga daripada hukuman mereka dan masih belum menerima keadilan.

"Jika perbicaraan tidak dijalankan selepas suatu tempoh tertentu, maka pegawai penjara perlu mengemukakan proses jaminan di dalam mahkamah," katanya dalam ucapan kepada pegawai polis pada Selasa.

India terkenal dengan kelembapan proses serta prosiding di mahkamah dengan berjuta-juta kes masih tertunggak.

Sekurang-kurangnya 134,799 orang sedang ditahan menunggu perbicaraan, termasuk 11,448 yang terpenjara tanpa hukuman selama lebih lima tahun.

Trainee2