fb fb fb fb fb

India akui tersalah tembak peluru berpandu ke Pakistan

NEW DELHI, 12 Mac- India mengaku tersilap menembak peluru berpandu ke arah Pakistan 9 Mac lalu disebabkan oleh 'kerosakan teknikal'.

Alasan itu dikemukakan selepas Pakistan, yang juga seteru lamanya memberi amaran perbuatan seumpama itu berpotensi mengundang kesan yang amat serius.

Kementerian Pertahanan India dalam satu kenyataan berkata ketika sesi penyenggaraan rutin, kerosakan teknikal menyebabkan kesilapan melancarkan sebuah peluru berpandu.

Difahamkan, peluru berpandu berkenaan jatuh di sebuah kawasan di Pakistan tetapi tidak berlaku menyebabkan kehilangan nyawa.


(FOTO GETTY IMAGES)

Kerajaan India memandang serius kemalangan ini dan sudah mengarahkan Inkuiri Mahkamah peringkat tertinggi bagi menyiasat isu terbabit.

Terdahulu, kerajaan Pakistan memanggil wakil Kedutaan India di Islamabad untuk menyampaikan bantahan terhadap 'tindakan tanpa provakasi' dan pencabulan ruang udara.

Media Baharu