fb fb fb fb fb

Helikopter terhempas di gelanggang tenis di Buenos Aires

Anggota bomba melakukan pemeriksaan ke atas sebuah helikopter yang terhempas di gelanggang tenis di Buenos Aires - REUTERS

BUENOS AIRES, 5 Disember -Sebuah helikopter terhempas di gelanggang tenis Parque Manuel Belgrano hari ini, mengakibatkan tiga orang cedera.

Menurut laporan perkhidmatan perubatan kecemasan kepada akhbar La Razon, mangsa terdiri daripada seorang juruterbang serta masing-masing seorang penumpang lelaki dan wanita.

Ketiga-tiganya dirawat di lokasi oleh anggota bomba dan pasukan perubatan kecemasan bandar (SAME) sebelum dibawa ke Hospital Fernandez.

Pihak berkuasa bandar memaklumkan, helikopter itu mengalami kerosakan teknikal sehingga memaksa juruterbang melakukan pendaratan cemas.

SAME turut mengesahkan pesawat berkenaan milik syarikat Hangar Servicios. -REUTERS

FARIS IZZAT SHAHARUDIN