fb fb fb fb fb

Harimau kumbang di China alami obesiti, cetus kebimbangan

FOTO REUTERS

CHENGDU, 19 Mac- Seekor harimau kumbang di Zoo Chengdu di barat daya China mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengunjung selepas ia dilihat mengalami kesukaran berjalan dengan perutnya hampir mencecah tanah.

Insiden dirakam pada 9 Mac lalu menunjukkan haiwan berusia 16 tahun itu mengalami berat badan keterlaluan sekali gus menimbulkan persoalan mengenai tahap kesihatannya.

Bagaimanapun, pihak zoo menjelaskan peningkatan berat badannya bukan disebabkan penyakit atau ruang pergerakan terhad tetapi berpunca daripada pemakanan berlebihan sehingga mengakibatkan obesiti.

Mereka juga menegaskan haiwan berkenaan berada dalam keadaan sihat.

Menurut pihak zoo, faktor usia turut menyumbang kepada penambahan berat badan kerana metabolisme haiwan tersebut semakin perlahan.

Justeru, dalam usaha memelihara kesihatannya, Zoo Chengdu telah melaksanakan pelan penurunan berat badan termasuk kawalan diet dan peningkatan aktiviti fizikal. -Reuters

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA