GAZA, 15 Oktober -Hamas mengetatkan kawalan di bandar-bandar Gaza pada Selasa, dengan melaksanakan tindakan keras terhadap pihak yang disyaki bersekongkol dengan musuh.
Hukuman mati secara terbuka akan dilaksanakan secara terbuka terhadap beberapa individu yang didakwa sebagai individu yang bersubahat.
Tindakan itu berlaku ketika Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berikrar untuk melucutkan senjata kumpulan tersebut dan di tengah-tengah gencatan senjata yang dimeterai antara Israel dan Hamas.
Tentera Israel pada hari sama mengesahkan telah membawa masuk mayat empat lagi tebusan yang sebelum ini ditahan di Gaza, sehari selepas Hamas menyerahkan empat mayat tebusan lain dan membebaskan baki 20 tebusan yang masih hidup.
Dalam perkembangan lain Pejuang Hamas menyiarkan rakaman video di saluran rasminya yang menunjukkan pelaksanaan hukuman mati ke atas lapan lelaki yang diikat mata dan melutut yang dianggap sebagai "pengkhianat dan penjenayah."
Di kawasan utara Gaza, selepas tentera Israel berundur dari Bandar Gaza, pasukan polis bersenjata Hamas yang bertopeng hitam kembali melakukan rondaan di jalan-jalan utama. - AFP