fb fb fb fb fb

Hamas mahu genjatan senjata kekal terhadap Palestin

Jake Sullivan/REUTERS

WASHINGTON, 5 Jun- Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menunggu maklum balas cadangan gencatan senjata yang diberikan kepada Hamas pada Jumaat, kata Penasihat Keselamatan Negara White House Jake Sullivan kepada pemberita.

"Kami sedang menunggu jawapan daripada Hamas" melalui pengantara Qatar, kata Sullivan.

Pengarah CIA Bill Burns akan berada di Doha untuk berunding dengan pengantara Qatar mengenai cadangan gencatan senjata di Gaza, tambah Sullivan. Qatar menjadi pengantara di Gaza antara Israel dan Hamas.

Qatar pada Selasa berkata, ia telah menyampaikan cadangan gencatan senjata Israel terhadap Hamas.

Jurucakap Hamas, mengulangi pada Selasa bahawa ia tidak boleh bersetuju dengan sebarang perjanjian melainkan Israel membuat komitmen "jelas" untuk gencatan senjata kekal dan pengunduran sepenuhnya dari Gaza.

Bagi pihaknya, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu juga mengulangi akan menghapuskan Hamas. Beliau juga bergelut dengan perpecahan politik berhubung cadangan gencatan senjata yang turut disokong Amerika Syarikat.

Serangan Israel ke atas Gaza telah membunuh lebih daripada 36,000, menurut Kementerian Kesihatan tempatan, menyebabkan kelaparan yang meluas, meratakan sebahagian besar kawasan dan membawa kepada dakwaan pembunuhan beramai-ramai yang dinafikan Israel.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI