fb fb fb fb fb

Guru durjana rogol 13 orang pelajar dipenjara seumur hidup

FOTO REUTERS

BANDUNG, 15 Februari - Mahkamah Daerah Bandung hari ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas seorang guru kerana merogol 13 orang pelajarnya.

Herry Wirawan, 36, bersalah merogol 13 pelajar perempuan, yang kesemuanya di bawah umur, malah sekurang-kurangnya lapan daripada mereka, hamil.

Wirawan tiba di mahkamah dalam keadaan bergari dan menundukkan kepalanya ketika hakim Yohannes Purnomo Suryo Adi menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

Dia bagaimanapun meminta hakim meringankan hukuman kerana mahu membesarkan anak-anaknya.

Mahkamah juga menetapkan pampasan untuk mangsa akan dibayar oleh kerajaan.

FOTO REUTERS

Semasa perbicaraan itu, terbongkar kisah tertuduh merogol kesemua mangsa yang kebanyakannya terdiri daripada keluarga miskin yang bersekolah lebih lima tahun lalu.

Kes itu mendapat perhatian penduduk republik berkenaan berikutan isu penderaan seksual membabitkan sekolah berasrama penuh agama.

Pendedahan kes itu turut mencetuskan kemarahan negara, dengan seorang pegawai kanan kerajaan berkata, Presiden Joko Widodo sendiri memberi perhatian khusus terhadap kes berkenaan. - Reuters

Media Baharu